Isnin, 4 Februari 2013

Sudah Cukup Sudah

Cukuplah ku lalui malam yang penuh kesakitan.  Ku bukakan mata selepas malam menghilang di celah kegelisahan, mengharapkan semuanya hanya satu drama mimpi.  Namun mengapa sebak di dada masih ligat mengukir lukisan yang penuh dimensi, pergilah kesakitan....cukuplah ku mengharungi malam yang gelita....biarkan lah cahaya menyinar melalui cermin kenangan masuk ke dalam hidupku walau hanya senoktah.  Biarkanlah kenangan semalam terpadam, terhapus dengan titisan airmata yang mengalir tanpa tujuan.

Semarak apa yang pernah ku lalui, hingga api membakar ku sedikit demi sedikit....Semarak kejujuran dan keikhlasan yang suci, mengharumi taman sebuah ikatan, kian luluh sejenak titisan embun jatuh bersatu bersama tanah yang gersang.  Adakah runtuhnya keikhlasan dan kejujuran yang sekian lama menjadi mahkota sebuah ikatan berderai ke tanah menandakan tamat sudah sebuah riwayat.  Semakin lama semakin terkubur, serangga kehancuran memamah setiap inci kesetiaan....akhirnya, terkubur buat selama-lamanya.  Menjadi hambar, sunyi, hanya yang tinggal hanya secalit kenangan yang dulunya dimartabatkan dengan irama gamelan berlagu kejujuran dan keikhlasan.  Hanya yang tinggal, hanyalah nisan di hamparan perhubungan.

Simpan saja semua kenangan di dalam kotak hiasan.  Menjadi penyeri hidup di kala kesunyian.  Menjadi kekuatan di kala kelemahan.  Hanya yang mampu, ku teruskan sebuah kehidupan di lautan dunia yang penuh kezaliman.

Sudah Cukup Sudah aku merintih....Sudah Cukup Sudah bersedih.  Insan yang menjadikan Kejujuran dan Keikhlasan dalam perhubungan, sambut lah tanganku, tarik aku jauh dari bahana yang sekian lama membakar hati.  Kalau tidak ku temui, aku yakin, Allah Masih Menyayangi ku.  DariNya aku datang, dan KepadaNya aku kembali..


mati hidup semula....Adakah mungkin bagiku!!!!

Dalam malam2 yg aku lalui...kenapa malam ni jadi terlalu kusut bagiku....sakit, pedih bagaikan mata pedang menikam jantung...apakah perasaan ini? Adakah kalbu ku ini dilibas dgn api neraka yang memanggil2 agar aku pulang. Atau ianya ada ais kutub selatan yang kedinginannya menusuk hingga ke ari2 menyuruh ku sedar  dr lena yang panjang....
Arrgghhh...aku xtau apa sebenarnya persoalan yang bermain d benak...Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran Mu, agar aku tidak terlalu jauh hanyut d lautan dunia yang penuh kepalsuan.

Mgkn aku cuba menafikan masa lalu yang mengajarku bangun selepas parah berpijak d deraian kaca2...berpijak pada api yang menyala...sehingga aku x mampu untuk berdiri....

ya, memang benar, kerana aku dengan penuh keegoan tidak memalingkan muka ku utk melihat tangisan2 yang lalu....bagiku, itu semua adalah kesengsaraan, kebencian, ketakutan...aku x sanggup melihat itu semua...biarkan semuanya tertinggal di belakang ku...

Tp, rupa2 aku silap...aku tidak mengambil walau sebutir cahaya kenangan itu utk menyinarkan langkah ku di hadapan...Akhirnya, langkah ku berdarah kembali....langkah yang ku sangkakan adalah langkah seorg pejuang, rupanya, masih langkah seorg pengemis...aku x layak menjadi seorg pejuang...zahirnya, aku kuat, tetapi rupanya, aku masih lemah...tunduk,dan terus tunduk demi meraih simpati...terasa diri hina sekali.

Cukuplah, darah ini mengalir. Aku sudah terlalu lemah untuk terus berdiri, hanya mampu berbaring d atas cadar kenangan...tiba masanya aku bangkit dr mimpi2 dunia...

Aku ingin membetulkan kesilapan ku. Menolak masa lalu yang rupanya lebih berharga dari semua harta di dunia ini. Aku akan merentas jalan baru. Menyinarkan laluan yang berselirat dgn cahaya kenangan lalu.

YA ALLAH...ampuni hamba Mu yang hina ini...kirimkanlah kekuatan untuk diriku...hujanilah aku dengan cahaya rahmat Mu....hanya dengan Ar-Rahman mu aku blh meneruskan kehidupan, sehingga aku bertemu mu satu hari nanti....Amin...

Ahad, 14 Oktober 2012

Yang Lalu Biarkan Berlalu

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan didalamnya adalah satu tindakan yang bodoh.  Itu sama ertinya dengan membunuh harapan dan menghalangi diri kita untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, kita hendaklah menyimpan segala kenangan yang menyakitkan di dalam peti yang gah agar peristiwa yang pahit tidak akan keluar dikala musibah menimpa.  Biarkan peristiwa pahit terpenjara dan tersimpan.  Ianya bukan untuk diimbas kembali.

Kata orang, kalau kita berada di hadapan, jangan lupa menoleh ke belakang.

Perlukah lagi kita menoleh ke belakang lagi, kalau apa yang tertinggal di belakang mampu membuat kita menangis...Oh, tidak, jangan dan elakkan...Biar lah kita berada di hadapan dan terus mara menggapai sinar bintang.  Walau gapaian bintang itu jauh, mustahil.  Tapi, ianya pasti tidak mustahil dengan kekuatan yang ada dalam diri.

Beringatlah, jangan semata ingin menggapai bintang, tanah tempat dijejaki, hanya tinggal di hujung kaki.  Tidak semua bintang itu indah.  Ianya indah pabila malam menjelma, ianya akan hilang di kala mentari tiba.  Dari jauh kita lihat kerdipan bintang, menenangkan hati.  Apabila kita berada di sana, jangan sekali-kali berundur.  Sekali kita tempuh, teruskan kita menempuh.  Jangan mengalah, kekalahan bukan bererti kegagalan. tetapi kegagalan itu bererti kekalahan.

Ini petikan dari rakan BBM.  "Penyesalan kelmarin, dan ketakutan akan hari esok adalah dua pencuri kebahagian di saat ini.

Renung-renungkan....Kita mampu membunuh masa lalu, untuk mengharungi hari ini, demi kejayaan di hari esok.