Isnin, 4 Februari 2013

Sudah Cukup Sudah

Cukuplah ku lalui malam yang penuh kesakitan.  Ku bukakan mata selepas malam menghilang di celah kegelisahan, mengharapkan semuanya hanya satu drama mimpi.  Namun mengapa sebak di dada masih ligat mengukir lukisan yang penuh dimensi, pergilah kesakitan....cukuplah ku mengharungi malam yang gelita....biarkan lah cahaya menyinar melalui cermin kenangan masuk ke dalam hidupku walau hanya senoktah.  Biarkanlah kenangan semalam terpadam, terhapus dengan titisan airmata yang mengalir tanpa tujuan.

Semarak apa yang pernah ku lalui, hingga api membakar ku sedikit demi sedikit....Semarak kejujuran dan keikhlasan yang suci, mengharumi taman sebuah ikatan, kian luluh sejenak titisan embun jatuh bersatu bersama tanah yang gersang.  Adakah runtuhnya keikhlasan dan kejujuran yang sekian lama menjadi mahkota sebuah ikatan berderai ke tanah menandakan tamat sudah sebuah riwayat.  Semakin lama semakin terkubur, serangga kehancuran memamah setiap inci kesetiaan....akhirnya, terkubur buat selama-lamanya.  Menjadi hambar, sunyi, hanya yang tinggal hanya secalit kenangan yang dulunya dimartabatkan dengan irama gamelan berlagu kejujuran dan keikhlasan.  Hanya yang tinggal, hanyalah nisan di hamparan perhubungan.

Simpan saja semua kenangan di dalam kotak hiasan.  Menjadi penyeri hidup di kala kesunyian.  Menjadi kekuatan di kala kelemahan.  Hanya yang mampu, ku teruskan sebuah kehidupan di lautan dunia yang penuh kezaliman.

Sudah Cukup Sudah aku merintih....Sudah Cukup Sudah bersedih.  Insan yang menjadikan Kejujuran dan Keikhlasan dalam perhubungan, sambut lah tanganku, tarik aku jauh dari bahana yang sekian lama membakar hati.  Kalau tidak ku temui, aku yakin, Allah Masih Menyayangi ku.  DariNya aku datang, dan KepadaNya aku kembali..


2 ulasan:

  1. Nice blog.. mcm familiar jak dgn nama QISTWAn nie.. hihihi.. ada apa² kah.. :)

    BalasPadam
  2. Hehehe...Makasih Puanku Sakurah....Nama tu tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah kembali ke rahmatullah.

    Mo letak Sakuwan plak...nnt ditumbuk kita oleh c abang...hehehh....joking2 jak ya..

    BalasPadam